Wednesday 19 June 2013

APAKAH MAKSUD PERJUANGAN SETIAP INDIVIDU ISLAM?


Salam pertemuan buat semua saudara Islamku yang sedang membaca artikel ini. Pertama sekali kita wajib tingkatkan kesyukuran kepada Allah swt yang masih memberikan kita semua peluang untuk masih bernyawa ketika ini kerana setiap saat kita menyedut nafas ini adalah HAQ ALLAH SWT jua. Mata yang dapat melihat, telinga yang dapat mendengar, hatta akal yang dapat berfikir dan lidah yang dapat berkata-kata semua adalah HAQ ALLAH SWT. Bukan milik kita pun. Jadi alangkah zalimnya kita jika kita gunakan segala nikmat ALLAH SWT ini untuk kehendak nafsu kita. Kerana apabila kita digelar "arwah" nanti, kita ditinggalkan di ALAMQUBUR seorang diri, segala apa yang kita ada hari ni semua akan tinggalkan kita dan yang kita bawa hanyalah AMALAN2 SOLEH seperti solat kita, puasa kita, bacaan AL QURAN kita, zikir2 kita....itulah hanya sebagai bekalan ke alam akhirat. Malah insan2 yang dia kata sayangkan kita kononnya, hari2 ajak kita buat maksiat pergi dating tengok wayang, naik motor ronda2 kampung, kawan2 yang ajak kita mengumpat cerita buruk orang pun tidak sanggup menemani kita di tanah perquburan. Tinggallah kita mengadap ALLAH SWT dan setiap saat yang ALLAH SWT beri pasti dan pasti akan dihisab satu persatu. Malah setiap perkataan yang kita cakap hari hari tanpa menyebut nama-nama ALLAH SWT juga akan ditanya oleh ALLAH SWT "adakah lidah yang AKU beri itu milik kamu? jadi mana mungkin lidah milik ALLAH SWT itu kamu gunakan untuk mengumpat, untuk memuji selaind aeri ALLAH SWT?"

Saudara2ku yang mat kukasihi. Wajib setiap dari kita merenung apakah nasib kita masing-masing untuk bertemu dengan ALLAH SWT. bahkan saat bertemu dengan SAKARATUL MAUT pun kita belum pasti akan selamat. Adakah dapat untuk kita mengucap KALIMAH LAA-ILA-HA-ILLALLAH di akhir qalam kita nanti? Bagaimana mungkin sebuah lori yang penuh muatan dengan botol kicap, jika kemalangan dah terbalik boleh keluar pasir? Begitulah jua hati kita , mana mungkin boleh ingat ALLAH SWT sewaktu nak mati andai sepanjang umur hidup dalam 24jam lidah kita ini hanya sebut KEBESARAN MAKHLUK, MENGUMPAT SESAMA MAKHLUK, MEMBENCI SESAMA ISLAM, MENDEDAHKAN KEAIBAN INDIVIDU ISLAM....walaupun kita seorang imam masjid sekalipun, andai perbicaraan kita hanya cerita buruk orang apatah lagi di dalam masjid, memang sukar untuk mengucap kalimah ALLAH SWT di akhir qalam kerana perjuangan setiap dari kita bukan akan ditanya tentang buruk orang lain , malah kita hanya akan ditanya tentang buruk diri kita sendiri.

Hari ni semua orang melaung2kan Islam. nak tegakkan Islam kononnya. Tapi adakah Islam yang ditunjuk oleh NABI S.A.W kita untuk kita duduk duduk di kedai kopi atau diw arung tom yam tonton tv tunggu berita keburukan orang lain? Duduk duduk dalm masjid dengar ceramah macam cerita akhirat (mungkin pada awal ceramah) tapi di tengah-tengah dah mula nak kupas kisah buruk pemimpin sana sini, padahal pemimpin yang dimaksudkan tiada dalam majlis, maka ia dipanggil mengumpat, jika kisah rekaan dipanggil pula menfitnah. Mana boleh dalam rumah ALLAH SWT (masjid) kita cerita tentang selain ALLAH SWT. Sepatutnya dalam RUMAH ALLAH SWT kita bawa pemikiran setiap individu yang dengar ceramah atau yang dengar khutbah itu termasuk imam, bilal, siak dan setiap yang datang masjid bahawa SETIAP SAAT KITA SEMUA BOLEH MATI, MAUT BILA2 BOLEH DATANG, MARILAH KITA HENTIKAN PERCAKAPAN YANG MEMBINASAKAN IMAN @ MEROSAKKAN HATI, KITA WAJIB BUALKAN TENTANG PERSIAPAN KITA UNTUK MATI. BAGAIMANA SETIAP KITA JIKA MATI SELEPAS SESAAT INI, NAK JAWAB TENTANG HAL KITA MASING-MASING DI DEPAN ALLAH SWT?

Jangankan cerita tentang pemimpin yang jauh dari mata kita. Kita lihat sahajalah pemimpin yang ada di depan mata kita. Imam masjid sebagai pemimpin kepada masyarakat sekeliling, ketua kampung, bilal, siak2 masjid, malah setiap suami adalah pemimpin kepada isteri dan anak-anak dalam rumahtangga.

Bagaimana kita dah tegakkan Islam dalam kampung kita? Dalam rumahtangga kita? Adakah imam masjid dah pastikan setiap ahli qariah masjidnya dah datang solat berjemaah untuk 5 waktu yang difardhukan ke atas setiap lelaki akil baligh? Adakah ketua kampung dah pastikan setiap anak-anak buah dalam qariahnya yang wanita dah menutup aurat? Yang anak-anak dara tiada yang berpeleseran sana sini dengan jantan2 tanpa ikatan sah? Bukankah setiap pemimpin itu tidak akan berganjak di padang masyar selagi tidak dapat menjawab soalan2 yang berkaitan orang-orang bawahannya? Adakah setiap dari kita yang bergelar lelaki sebagai pemimpin dalam rumahtangga dah pastikan anak-anak dan siteri kita dah jaga solat 5 waktu di awal waktu? Mereka dah penuhi rumah-rumah kita dengan pembacaan Al Quran setiap masa? Sudahkah kita lelaki sebagai suami dah pastikan isteri dan anak-anak kita tiada bercakap yang batil melainkan hanya cakap TENTANG PERSIAPAN MAUT, TENTANG KEBESARAN ALLAH SWT, TENTANG PENTINGNYA AMALKAN SUNNAH2 NABI S.A.W DALAM KEHIDUPAN HARIAN? SUDAHKAH KITA PASTIKAN ANAK-ANAK DAN ISTERI AMALKAN SUNNAH ITU SEBAGAI TANDA KASIH SAYANG KITA PADA INSAN YANG PALING MULIA YANG ALLAH SWT JANJIKAN KUNCI SYURGA PADANYA? Atau kita dan anak-anak serta isteri pun keliru apakah itu sunnah atau masih benci tengok orang lain amal sunnah atau hati kita pun turut berkata 'orang yang amal sunnah itu seolah fanatik' sangat dan tak bersesuaian dengan zaman ini?

Kita kena faham, bahwa ini bukan zaman moden. "MOU" dalam bahasa mandarin atau kantonis bermaksud "TIDAK MAHU" dan "DEEN" bermaksud "AGAMA"....jadi ia dicantumkan jadilah sebutan MOUDEEN. Zaman manusia dah tidak mahu amalkan AGAMA. Apa makna AGAMA? Seluruh kehidupan NABI S.A.W lah yang dipanggil AGAMA. Selain dari itu hanya rekaan baru atau bidaah yang mengikut HAWA NAFSU manusia yang ingin beramal sama ada ikut kehendak selesa dia atau semata2 mahukan sokongan, kerana hendak bawa sunnah dalam kehidupan, MUHAMMAD S.A.W pun dipanggil gila / majnun untuk AGAMA. 

Sebagai contoh, cuba kita jumpa ustaz yang mengaku dia ustaz, kemudian katakan pada dia bahwa "IMAM GHAZALI rah bagitahu dalam riwayatnya MAJLIS YANG BERCAMPUR LELAKI WANITA TANPA TIRAI ITU ADALAH MAJLIS YANG DILAKNAT OLEH ALLAH SWT." dan beritahu pada ustaz tu, "USTAZ DAPAT HADIS DARI MANA AJAR MAJLIS BACAAN TAJWID AL QURAN BOLEH DUDUK LAKI PEREMPUAN SEKALI TANPA TIRAI NI?" tengok apa ustaz tu kata...jika dia kata kita gila, maka itulah maknanya kita memang amalkan sunnah.

Jadi marilah kita sama-sama renungkan diri masing-masing tanpa melihat keburukan orang lain agar setiap dari kita dapat berusaha untuk mengislah diri. Mana mungkin orang yang nak repair kereta sendiri, masih sibuk belek kereta orang lain dan dok cerita tentang kerosakan kereta orang lain. Maka itu tidak akan sama sekali mendatang sifat 'islah diri'.

Islah diri hanya akan datang jika kita duduk dalam majlis yang ajak pemikiran kita cerita tentang qubur masing-masing. Barulah kita balik rumah boleh cerita dengan anak isteri bahwa setiap kita akan mati, "apakah persiapan kita agar di akhirat kita semua dapat bertemu kembali selama-lamanya..."

Oleh itu, saya menyeru agar marilah kita semua ubah percakapan kita mulai hari ni dalam setiap pertemuan kita untuk sama-sama ingat-mengingati tentang kehidupan yang kekal abadi yakni selepas mati. Kehidupan dunia ini sautu hari kita semua akan tinggalkan. Ambillah sekadar keperluan sahaja bukan untuk dikumpulkan dan dibanggakan. Siapa pun kita, hatta pemimpin besar dunia pun akan mati dan akan binasa di alamqubur. YANG MAHA KEKAL HANYA ALLAH SWT YANG MAHA AGUNG MAHA RAJA SEGALA RAJA...tiada siapa yang boleh menggelarkan dirinya MAHA selaind ari ALLAH SWT...kerana setiap makhluk itu langsung tidak layak dipuji kerana YANG MAHA MULIA HANYA MILIK ALLAH SWT. Kita andai ditakdirkan sebagai pemimpin sebenar bukan sebagai ketua untuk merendah2kan rakyat bawahan kita, sebenar kita sebagai yang akan BERTANGGUNG JAWAB setiap orang di bawah pemerintahan kita hatta ada rakyat bawahan kita yang tak sempat tutup aurat sebelum mati pun kita akan ditanya dan kaki kita akan digari di depan ALLAH SWT DI YAUMUL MASYAR selagi kita tak dapat beri jawabannya. Apatah tentang umat di bawah kita yang tak jaga solat, yang tak taat ALLAH SWT, yang mengumpat...semua pemimpin kena jawab. Siapa pemimpin/khalifah? Setiap kita yg bernama LELAKI yang jadi suami, andai isteri lengah2 solat pun kita akan ditanya oleh ALLAH SWT. 

Maka dengan ini sama2lah kita renung2kan berapa banyak tugas khalifah yang kita dah pikul selama nyawa kita dan masa kita yang ALLAH SWT pinjamkan? carilah teman / sahabat yang ajak kita sentiasa bertaubat mengenang dosa2 kita sendiri, sentiasa ajak kita pergi ke masjid untuk jaga solat berjema'ah 5 waktu (krn hatta ajk masjid pun belum ada jaminan syurga jika tak jaga solat berjema'ah)....kekuatan Islam bukan pada badan yang berketul-ketul macam gangster pusing kampung, tapi kekuatan setiap individu Islam itu adalah jika ia dapat melawan hawa nafsu dan berlari kepada perintah2 ALLAH SWT TANDA CINTA AKAN ALLAH SWT SEBAGAI MAHA PENCIPTAnya. Bagaimana nak kata kerajaan Islam kuat jika individu Islam itu sendiri nak bangun solat subuh berjema'ah di masjid menolak kain selimut yang tak sampai 2gram pun tak larat. Iman hanya dapat datang solat jumaat seminggu sekali sahaja. Umat Islam masih lemah walaupun nampak macam kuat dapat miliki mercedes benz, dapat beli bmw, dapat miliki banglo tepi jalan, tapi untuk memelihara diri dan keluarga dari selamat dari azabqubur pun "failed" bagaimana nak kata Islam itu berjaya? Islam bukan tertegak di atas tanah putrajaya atau di atas tanah kota bharu atau atas tanah hulu langat...ISLAM ITU BERJAYA APABILA DALAM SETIAP HATI UMAT ISLAM ITU CINTA PADA KEHIDUPAN NABI S.A.W SEPERTI MANA KEHIDUPAN PARA SAHABAT R.ANHUM :

1. Setiap saat mereka bercakap hanya tentang KEBESARAN ALLAH SWT untuk perbaharui IMAN masing2. Mereka sama2 membantu hidupkan suasana CAKAP TENTANG MAHA KEHEBATAN ALLAH SWT agar IMAN sesama mereka dapat ditingkatkan dan apabila IMAN meningkat, maka segala ILMU yang dipelajari mudah diamalkan. Jika tidak ILMU sekadar "aku tahu" ajelah...catit dalam buku dengar ceramah sandar di dinding2 masjid tunggu iqamat sahaja.

2. Setiap malam mereka solat taubat nangis2 depan ALLAH SWT, jaga tahajjud berdoa HIDAYAH untuk seluruh umat. Bukan macam kita borak2 kosong politik di kedai2 makan.

3. Malah isteri2 dan anak-anak sahabat r.anhum semua menjaga solat di awal waktu dan mereka pun turut membantu suami dengan hidupkan AGAMA dalam rumahtangga, jaga aurat mereka dengan sempurna malah wajah2 isteri sahabat r.anhum pun tidak kelihatan apabila mereka keluar dari rumah kerana TAQWA mereka kepada ALLAH SWT. Tak seperti kita, isteri ajk2 masjid pun pergi kedai runcit masih pakai kain batik dan t-shirt guna tudung selempang menampakkan bentuk punggung dan buah dada....dan isteri sahabat r.anhum bukan ekori suami duduk di masjid dengar ceramah ustaz tunggu ustaz buka tirai. Mereka duduk2 di rumah baca QURAN banyak2, tarbiah anak-anak agar keluar rumah jaga aurat, jaga solat. Tak macam kita, kata benci kerajaan yahudi, tapi masih hantar anak-anak dara kita ke sekolah bercampur lelaki & wanita tanpa tirai & batas. Itu pun tak mampu kita nak pertahankan. Bukan dengan cara borak2 jer kat kedai kopi kata "kerajaan yahudi tak bagus"....jangan dibuat & disokong dan jangan dihantar terus ....buat bukan cakap kosong. Buka sekolah khas untuk wanita, guru wanita...apa nak sokong sistem yang "menggatalkan/menyundalkan" anak-anak dara kita kerana kemuliaan wanita bukan dalam degree / diploma seperti mana wanita yahudi & nasaro, tapi kemuliaan wanita kita dalam TAQWA dan maruah aurat mereka terpelihara sepertimana FATIMAH R.ANHA.....sehingga apabila keluar rumah pun tidak dapat dikenali oleh NABI S.A.W sendiri kerana sungguh2nya dia menjaga auratnya dari dilihat oleh lelaki anjabi. Kita pula bagaimana kita sebagai lelaki yang diuji sebagai pemimpin kepada isteri dan anak2 perempuan mempertahankan aurat mereka?

Siapa lagi yang nak pertahanankan sunnah, adakah kita tunggu ah chong masuk Islam dan hidupkan sunnah? Waktu tu bila dia ajak kita amal sunnah, kita pula kata "ahh...kau pun baru masuk Islam nak ajar aku...!"
Setiap individu Islam itulah yang wajib ingat mengingati agar Islam/sunnah NABI S.A.W dapat dihidupkan kembali. Sunnah bukan untuk ustaz2 sahaja atau untuk ajk2 masjid sahaja, Islam/sunnah untuk semua umat yang siapa mengikutnya PASTI AKAN MENDAPAT KEREDHOAN ALLAH SWT DUNIA & AKHIRAT seperti PARA SAHABAT R.ANHUM.

INSYA-ALLAH, WALLAAHU'ALAM.

No comments:

Post a Comment