Sunday 30 June 2013

MACAM-MACAM UJIAN KEHIDUPAN SEBELUM MENEMUI MATI : SEMUA AKAN MATI KECUALI ALLAH SWT

SEBAGAI RENUNGAN "ALAMQUBUR"

Masa di 'sana' amat berbeda sekali jika hari ini arwah datuk & nenek atau teman2 atau saudara mara kita sudah pulang ke alamqubur kita merasakan mereka sudah berlalu hampir puluhan tahun, padahal mereka baru beberapa minit sahaja dalam 'sana'...krn sehari di alam akhirat bersamaan dgn 1000thn di dunia ini...jika mereka meninggalkan dunia pd tahun 1980...dan sekarang tahun 2013....sbnrnya baru beberapa minit akhirat sahaja di sana...jika kita tidak bawa amalan yang secukupnya, maka binasa & celakalah kita di 'sana'....untuk dunia yang akan tinggalkan kita , kita usaha sungguh2...namun untuk bekalan akhirat spt solat, zikir, taubat, quran dsbnya kita lengah2kan kdg2 tu kita langsung tidak endahkan...na'uzubillah.

Salam buat semua. Renungan kita bsama. Lihat pd daun ini ada yg hijau pn gugur, yg kekuningan pn gugur dn yg dh coklat tua pn gugur bmakna hakikat dunia sgt2 semenatra bhw yg kanak2 pn mati, yg umur ptengahan pn ble mati apatah yg tua. Jgn tunggu tua baur btaubat.
Apabila 2013 semakin meninggalkan kita, ini bermakna, alamqubur semakin dekat dgn kita....qiamat juga semakin hampir....malah maut juga sebenar lagi hampir di kepala setiap dari kiita....adakah wajar jika malam ini kita meninggalkan dunia, apabila sesampai kita ke alamqubur, Allah swt mengisytiharkan bhw "segala dosamu belum ku ampunkan" walau seluruh dunia kita mampu miliki, itulah saat kehancuran yang sebenarnya....jadi adakah wajar kita leka dan ubuddunya melalak2 atas pentas bercampur lelaki wanita yang bukan muhrim dalam satu padang....tanpa menangis sedikit pun "wahai Allah swt adakah sudah Engkau ampunkan segala dosa2ku?".......dan adakah segala pesanan Nabi s.a.w junjungan mulia kita dah kita tunaikan?

Katakan kepada isteri kita..."isteriku kena mahal tak mcm wanita lain, tanda daku sayang padamu, daku harus sembunyikan kecantikanmu dari pandangan lelaki lain..." - jgn beri peluang org lain tengok...biar org lain nak bangga bertabarruj papar wajah isteri2 mrk...kita tetap ikut sunnah Nabi s.a.w - mahalkan istri kita khas utk kita...biar apa orang nak kata...jgn sampai dah diri depan Allah swt di masyar nanti dah lihat azab neraka, kita dah tak terkata apa-apa...maka beruntunglah wanita yang dapat suami yang tahu menjaga maruahnya mengikut kehendak Allah swt dan rugilah wanita yang dapat suami yang seperti ayam itik, cina dan hindu yang hanya tahu beri makan minum penuhkan perut isteri sahaja tanpa jaga isteri dengan Agama agar isterinya selamat di akhirat....

Monday 24 June 2013

SIAPA MUSUH KITA YG SEBENARNYA?



SIAPAKAH MUSUH KITA SEBENARNYA?

MUSUH SETIAP MANUSIA @ ANAK ADAM ITU ADALAH....

NAFSUNYA SENDIRI YANG MUDAH DIKUASAI OLEH SYAITAN / IBLIS LAKNATULLAH

YANG SENTIASA MEMUJUK HATI MELAKUKAN MAKSIAT & ZINA....SENTIASA

MENGAJAK BERSIFAT MEMBENCI, BERDENGKI, BEREBUT HAL DUNIA, MENCACI, MENGUMPAT DSBNYA.....

"BARANGSIAPA BELUM KENAL BAHAWA NAFSU ITULAH MUSUHNYA SENDIRI, MAKA BERMAKNA IA BELUM KENAL LAGI DIRINYA SENDIRI.."

"BARANGSIAPA BELUM KENAL SUNGGUH BAHAWA ALLAH SWT ITULAH MAHA PENCIPTA & MAHA WALI & MAHA PEMBANTU & MAHA PEMBERI REZEKI & MAHA PEMIMPIN & MAHA PELINDUNG BAGI DIRINYA, BERMAKNA IA BELUM LAGI MENGENAL ALLAH SWT..."

OLEH ITU, JIKA ORANG 'PAS MENGATAKAN ORANG 'BN' ADALAH MUSUH MEREKA, ORANG 'BN' KATA ORANG 'PAS' ITU PUN MUSUH MEREKA, BERMAKNA KITA BELUM LAGI KENAL DIRI KITA.

SIAPA DIRI KITA?

KITA SEMUA (SETIAP MANUSIA & JIN) ITU ADALAH

SEBENAR2NYA MAKHLUK ALLAH SWT SEBAGAI HAMBA SEHAMBA HAMBA

HANYA KEPADA ALLAH SWT.

BUKAN HAMBA KEPADA NAFSU YANG SERING MENGAJAK

KITA BERMUSUHAN KERANA JUNJUNGAN MULIA KITA
\
NABI MUHAMMAD S.A.W MENGAJAR JALAN YG TERBAIK

UNTUK MENYEBARKAN ISLAM

HANYA DENGAN CARA

DAKWAH ILLALLAH 
(UTK BETULKAN IMAN YAQIN YANG HAQQUL YAQIN)

MEMUJUK, MENGAJAK, MERAYU 

HATI MANUSIA KENAL ALLAH SWT

DENGAN KASIH SAYANG

DENGAN KESABARAN

MENGAJAK MANUSIA KE MASJID BER-CINTA DENGAN

MAHA PENCIPTA DI RUMAH-NYA

MAKMURKAN MASJID2 ALLAH SWT...DENGAN HARAPAN

MENDAPAT RAHMAT & PENGAMPUNAN DARI ALLAH SWT

DAN

BANGUN SEPERTIGA MALAM

DENGAN DOA NANGIS2 DI TENGAH MALAM

MENDOAKAN KEAMPUNAN & HIDAYAH UNTUK KITA

DAN SELURUH UMAT

AGAR SEMUANYA SELAMAT

DARI AZAB NERAKA MILIK ALLAH SWT.

BUKAN DENGAN CARA CACI MENCACI

ATAU BUAT PERHIMPUNAN

ATAU MENGHUKUM ZALIM / AMBIL KESEMPATAN ATAS KELEMAHAN MANUSIA

DENGAN MERASAKAN KITA MEMEGANG UNDANG-UNDANG.

BUKAN BERBALAS DENDAM SESAMA MANUSIA KERANA

HATI YANG MUKMIN YAQIN BAHAWA 

ALLAH SWT  MAHA PENGAMPUN

MAHA PEMBERI HIDAYAH

WALAUPUN ORANG MENZALIMI KITA

SEPERTI MANA NABI S.A.W

TELAH USAHA ATAS

UMAR AL KHATTAB R.ANHU...

KHALID AL WALID R.ANHU...

HENDON R.ANHA

WAHSYI R.ANHU

DAN RAMAI LAGI PARA SAHABAT R.ANHUM

SEBELUM BERTEMU HIDAYAH MEMELUK ISLAM,

KEBANYAKAN MEREKA MENENTANG & MENYUSAHKAN NABI S.A.W

NAMUN SEDIKIT PUN DI HATI BAGINDA S.A.W

TIDAK TERDETIK UNTUK MEMBALAS DENDAM...

SEBALIKNYA MENDOAKAN HIDAYAH

DAN SENTIASA MEMBERI KEMAAFAN KEPADA SESIAPA SAHAJA

ASALKAN MEREKA MEMELUK AGAMA ISLAM DENGAN MENDAPAT

PENGAMPUNAN DARI ALLAH SWT.....

INILAH YANG SEPATUTNYA ADA DALAM SIFAT SETIAP UMAT ISLAM

DAN BUKANNYA BERBANGGA MENGIKUT SISTEM YAHUDI, SISTEM BRITISH YANG DICIPTA OLEH MANUSIA YANG TIDAK BERKHATAN (KEKOTORAN)...
YANG MAKAN TAK BACA BISMILLAH....

PADAHAL KITA UMAT ISLAM WAJIB BERBANGGA MENGIKUT JALAN

MUHAMMAD S.A.W YAKNI SATU-SATUNYA MANUSIA CIPTAAN 

ALLAH SWT

YANG DIGELAR SEBAGAI HABIBULLAH YANG 

MEMEGANG KUNCI SYURGA.

RENUNG2KANLAH.....

KE ARAH MANA KITA IKUT SEKARANG??????

"ISLAM ITU AGAMA YANG INDAH & KASIH SAYANG"
"ISLAM BUKAN AGAMA BERMUSUHAN & BERBALAS DENDAM"
"ISLAM ADALAH AGAMA YANG MAAF MEMAAFKAN BUKAN AGAMA
YANG SALAH MENYALAHKAN..."

RATA-RATA UMAT ISLAM DAH JAUH DARI PELITA KENABIAN WALAUPUN SETIAP TAHUN SAMBUT MAULIDUR RASUL & ISRAK MIKRAJ BESAR-BESARAN, TAPI SEDIKIT PUN TIADA KESAN DI HATI KITA KERANA KITA SAMBUT MAULIDUR RASUL & ISRAK MIKRAJ PUN IKUT CARA YAHUDI & NASARO YAKNI BERCAMPUR LELAKI WANITA MACAM PESTA YANG BOLEH MEROSAKKAN HATI / IMAN MALAH MENDAPAT LAKNAT DARI ALLAH SWT KERANA SUNNAH NABI S.A.W, LELAKI & WANITA ADALAH HARAM BERCAMPUR DALAM SATU MAJLIS YANG TANPA TIRAI MENGASINGKAN LELAKI & WANITA YANG BUKAN MAHRAM & MUHRIM
APATAH LAGI JIKA BUAT DI DALAM KAWASAN RUMAH ALLAH SWT..
ITU BUKAN RUMAH AJK2 MASJID...
JADI JANGAN PILIH AJK2 MASJID YANG MUNAFIQ UNTUK MENGURUSKAN MASJID.
ROSAK & JADI FITNAH DALAM AGAMA.!!!!!!!


Wednesday 19 June 2013

APAKAH MAKSUD PERJUANGAN SETIAP INDIVIDU ISLAM?


Salam pertemuan buat semua saudara Islamku yang sedang membaca artikel ini. Pertama sekali kita wajib tingkatkan kesyukuran kepada Allah swt yang masih memberikan kita semua peluang untuk masih bernyawa ketika ini kerana setiap saat kita menyedut nafas ini adalah HAQ ALLAH SWT jua. Mata yang dapat melihat, telinga yang dapat mendengar, hatta akal yang dapat berfikir dan lidah yang dapat berkata-kata semua adalah HAQ ALLAH SWT. Bukan milik kita pun. Jadi alangkah zalimnya kita jika kita gunakan segala nikmat ALLAH SWT ini untuk kehendak nafsu kita. Kerana apabila kita digelar "arwah" nanti, kita ditinggalkan di ALAMQUBUR seorang diri, segala apa yang kita ada hari ni semua akan tinggalkan kita dan yang kita bawa hanyalah AMALAN2 SOLEH seperti solat kita, puasa kita, bacaan AL QURAN kita, zikir2 kita....itulah hanya sebagai bekalan ke alam akhirat. Malah insan2 yang dia kata sayangkan kita kononnya, hari2 ajak kita buat maksiat pergi dating tengok wayang, naik motor ronda2 kampung, kawan2 yang ajak kita mengumpat cerita buruk orang pun tidak sanggup menemani kita di tanah perquburan. Tinggallah kita mengadap ALLAH SWT dan setiap saat yang ALLAH SWT beri pasti dan pasti akan dihisab satu persatu. Malah setiap perkataan yang kita cakap hari hari tanpa menyebut nama-nama ALLAH SWT juga akan ditanya oleh ALLAH SWT "adakah lidah yang AKU beri itu milik kamu? jadi mana mungkin lidah milik ALLAH SWT itu kamu gunakan untuk mengumpat, untuk memuji selaind aeri ALLAH SWT?"

Saudara2ku yang mat kukasihi. Wajib setiap dari kita merenung apakah nasib kita masing-masing untuk bertemu dengan ALLAH SWT. bahkan saat bertemu dengan SAKARATUL MAUT pun kita belum pasti akan selamat. Adakah dapat untuk kita mengucap KALIMAH LAA-ILA-HA-ILLALLAH di akhir qalam kita nanti? Bagaimana mungkin sebuah lori yang penuh muatan dengan botol kicap, jika kemalangan dah terbalik boleh keluar pasir? Begitulah jua hati kita , mana mungkin boleh ingat ALLAH SWT sewaktu nak mati andai sepanjang umur hidup dalam 24jam lidah kita ini hanya sebut KEBESARAN MAKHLUK, MENGUMPAT SESAMA MAKHLUK, MEMBENCI SESAMA ISLAM, MENDEDAHKAN KEAIBAN INDIVIDU ISLAM....walaupun kita seorang imam masjid sekalipun, andai perbicaraan kita hanya cerita buruk orang apatah lagi di dalam masjid, memang sukar untuk mengucap kalimah ALLAH SWT di akhir qalam kerana perjuangan setiap dari kita bukan akan ditanya tentang buruk orang lain , malah kita hanya akan ditanya tentang buruk diri kita sendiri.

Hari ni semua orang melaung2kan Islam. nak tegakkan Islam kononnya. Tapi adakah Islam yang ditunjuk oleh NABI S.A.W kita untuk kita duduk duduk di kedai kopi atau diw arung tom yam tonton tv tunggu berita keburukan orang lain? Duduk duduk dalm masjid dengar ceramah macam cerita akhirat (mungkin pada awal ceramah) tapi di tengah-tengah dah mula nak kupas kisah buruk pemimpin sana sini, padahal pemimpin yang dimaksudkan tiada dalam majlis, maka ia dipanggil mengumpat, jika kisah rekaan dipanggil pula menfitnah. Mana boleh dalam rumah ALLAH SWT (masjid) kita cerita tentang selain ALLAH SWT. Sepatutnya dalam RUMAH ALLAH SWT kita bawa pemikiran setiap individu yang dengar ceramah atau yang dengar khutbah itu termasuk imam, bilal, siak dan setiap yang datang masjid bahawa SETIAP SAAT KITA SEMUA BOLEH MATI, MAUT BILA2 BOLEH DATANG, MARILAH KITA HENTIKAN PERCAKAPAN YANG MEMBINASAKAN IMAN @ MEROSAKKAN HATI, KITA WAJIB BUALKAN TENTANG PERSIAPAN KITA UNTUK MATI. BAGAIMANA SETIAP KITA JIKA MATI SELEPAS SESAAT INI, NAK JAWAB TENTANG HAL KITA MASING-MASING DI DEPAN ALLAH SWT?

Jangankan cerita tentang pemimpin yang jauh dari mata kita. Kita lihat sahajalah pemimpin yang ada di depan mata kita. Imam masjid sebagai pemimpin kepada masyarakat sekeliling, ketua kampung, bilal, siak2 masjid, malah setiap suami adalah pemimpin kepada isteri dan anak-anak dalam rumahtangga.

Bagaimana kita dah tegakkan Islam dalam kampung kita? Dalam rumahtangga kita? Adakah imam masjid dah pastikan setiap ahli qariah masjidnya dah datang solat berjemaah untuk 5 waktu yang difardhukan ke atas setiap lelaki akil baligh? Adakah ketua kampung dah pastikan setiap anak-anak buah dalam qariahnya yang wanita dah menutup aurat? Yang anak-anak dara tiada yang berpeleseran sana sini dengan jantan2 tanpa ikatan sah? Bukankah setiap pemimpin itu tidak akan berganjak di padang masyar selagi tidak dapat menjawab soalan2 yang berkaitan orang-orang bawahannya? Adakah setiap dari kita yang bergelar lelaki sebagai pemimpin dalam rumahtangga dah pastikan anak-anak dan siteri kita dah jaga solat 5 waktu di awal waktu? Mereka dah penuhi rumah-rumah kita dengan pembacaan Al Quran setiap masa? Sudahkah kita lelaki sebagai suami dah pastikan isteri dan anak-anak kita tiada bercakap yang batil melainkan hanya cakap TENTANG PERSIAPAN MAUT, TENTANG KEBESARAN ALLAH SWT, TENTANG PENTINGNYA AMALKAN SUNNAH2 NABI S.A.W DALAM KEHIDUPAN HARIAN? SUDAHKAH KITA PASTIKAN ANAK-ANAK DAN ISTERI AMALKAN SUNNAH ITU SEBAGAI TANDA KASIH SAYANG KITA PADA INSAN YANG PALING MULIA YANG ALLAH SWT JANJIKAN KUNCI SYURGA PADANYA? Atau kita dan anak-anak serta isteri pun keliru apakah itu sunnah atau masih benci tengok orang lain amal sunnah atau hati kita pun turut berkata 'orang yang amal sunnah itu seolah fanatik' sangat dan tak bersesuaian dengan zaman ini?

Kita kena faham, bahwa ini bukan zaman moden. "MOU" dalam bahasa mandarin atau kantonis bermaksud "TIDAK MAHU" dan "DEEN" bermaksud "AGAMA"....jadi ia dicantumkan jadilah sebutan MOUDEEN. Zaman manusia dah tidak mahu amalkan AGAMA. Apa makna AGAMA? Seluruh kehidupan NABI S.A.W lah yang dipanggil AGAMA. Selain dari itu hanya rekaan baru atau bidaah yang mengikut HAWA NAFSU manusia yang ingin beramal sama ada ikut kehendak selesa dia atau semata2 mahukan sokongan, kerana hendak bawa sunnah dalam kehidupan, MUHAMMAD S.A.W pun dipanggil gila / majnun untuk AGAMA. 

Sebagai contoh, cuba kita jumpa ustaz yang mengaku dia ustaz, kemudian katakan pada dia bahwa "IMAM GHAZALI rah bagitahu dalam riwayatnya MAJLIS YANG BERCAMPUR LELAKI WANITA TANPA TIRAI ITU ADALAH MAJLIS YANG DILAKNAT OLEH ALLAH SWT." dan beritahu pada ustaz tu, "USTAZ DAPAT HADIS DARI MANA AJAR MAJLIS BACAAN TAJWID AL QURAN BOLEH DUDUK LAKI PEREMPUAN SEKALI TANPA TIRAI NI?" tengok apa ustaz tu kata...jika dia kata kita gila, maka itulah maknanya kita memang amalkan sunnah.

Jadi marilah kita sama-sama renungkan diri masing-masing tanpa melihat keburukan orang lain agar setiap dari kita dapat berusaha untuk mengislah diri. Mana mungkin orang yang nak repair kereta sendiri, masih sibuk belek kereta orang lain dan dok cerita tentang kerosakan kereta orang lain. Maka itu tidak akan sama sekali mendatang sifat 'islah diri'.

Islah diri hanya akan datang jika kita duduk dalam majlis yang ajak pemikiran kita cerita tentang qubur masing-masing. Barulah kita balik rumah boleh cerita dengan anak isteri bahwa setiap kita akan mati, "apakah persiapan kita agar di akhirat kita semua dapat bertemu kembali selama-lamanya..."

Oleh itu, saya menyeru agar marilah kita semua ubah percakapan kita mulai hari ni dalam setiap pertemuan kita untuk sama-sama ingat-mengingati tentang kehidupan yang kekal abadi yakni selepas mati. Kehidupan dunia ini sautu hari kita semua akan tinggalkan. Ambillah sekadar keperluan sahaja bukan untuk dikumpulkan dan dibanggakan. Siapa pun kita, hatta pemimpin besar dunia pun akan mati dan akan binasa di alamqubur. YANG MAHA KEKAL HANYA ALLAH SWT YANG MAHA AGUNG MAHA RAJA SEGALA RAJA...tiada siapa yang boleh menggelarkan dirinya MAHA selaind ari ALLAH SWT...kerana setiap makhluk itu langsung tidak layak dipuji kerana YANG MAHA MULIA HANYA MILIK ALLAH SWT. Kita andai ditakdirkan sebagai pemimpin sebenar bukan sebagai ketua untuk merendah2kan rakyat bawahan kita, sebenar kita sebagai yang akan BERTANGGUNG JAWAB setiap orang di bawah pemerintahan kita hatta ada rakyat bawahan kita yang tak sempat tutup aurat sebelum mati pun kita akan ditanya dan kaki kita akan digari di depan ALLAH SWT DI YAUMUL MASYAR selagi kita tak dapat beri jawabannya. Apatah tentang umat di bawah kita yang tak jaga solat, yang tak taat ALLAH SWT, yang mengumpat...semua pemimpin kena jawab. Siapa pemimpin/khalifah? Setiap kita yg bernama LELAKI yang jadi suami, andai isteri lengah2 solat pun kita akan ditanya oleh ALLAH SWT. 

Maka dengan ini sama2lah kita renung2kan berapa banyak tugas khalifah yang kita dah pikul selama nyawa kita dan masa kita yang ALLAH SWT pinjamkan? carilah teman / sahabat yang ajak kita sentiasa bertaubat mengenang dosa2 kita sendiri, sentiasa ajak kita pergi ke masjid untuk jaga solat berjema'ah 5 waktu (krn hatta ajk masjid pun belum ada jaminan syurga jika tak jaga solat berjema'ah)....kekuatan Islam bukan pada badan yang berketul-ketul macam gangster pusing kampung, tapi kekuatan setiap individu Islam itu adalah jika ia dapat melawan hawa nafsu dan berlari kepada perintah2 ALLAH SWT TANDA CINTA AKAN ALLAH SWT SEBAGAI MAHA PENCIPTAnya. Bagaimana nak kata kerajaan Islam kuat jika individu Islam itu sendiri nak bangun solat subuh berjema'ah di masjid menolak kain selimut yang tak sampai 2gram pun tak larat. Iman hanya dapat datang solat jumaat seminggu sekali sahaja. Umat Islam masih lemah walaupun nampak macam kuat dapat miliki mercedes benz, dapat beli bmw, dapat miliki banglo tepi jalan, tapi untuk memelihara diri dan keluarga dari selamat dari azabqubur pun "failed" bagaimana nak kata Islam itu berjaya? Islam bukan tertegak di atas tanah putrajaya atau di atas tanah kota bharu atau atas tanah hulu langat...ISLAM ITU BERJAYA APABILA DALAM SETIAP HATI UMAT ISLAM ITU CINTA PADA KEHIDUPAN NABI S.A.W SEPERTI MANA KEHIDUPAN PARA SAHABAT R.ANHUM :

1. Setiap saat mereka bercakap hanya tentang KEBESARAN ALLAH SWT untuk perbaharui IMAN masing2. Mereka sama2 membantu hidupkan suasana CAKAP TENTANG MAHA KEHEBATAN ALLAH SWT agar IMAN sesama mereka dapat ditingkatkan dan apabila IMAN meningkat, maka segala ILMU yang dipelajari mudah diamalkan. Jika tidak ILMU sekadar "aku tahu" ajelah...catit dalam buku dengar ceramah sandar di dinding2 masjid tunggu iqamat sahaja.

2. Setiap malam mereka solat taubat nangis2 depan ALLAH SWT, jaga tahajjud berdoa HIDAYAH untuk seluruh umat. Bukan macam kita borak2 kosong politik di kedai2 makan.

3. Malah isteri2 dan anak-anak sahabat r.anhum semua menjaga solat di awal waktu dan mereka pun turut membantu suami dengan hidupkan AGAMA dalam rumahtangga, jaga aurat mereka dengan sempurna malah wajah2 isteri sahabat r.anhum pun tidak kelihatan apabila mereka keluar dari rumah kerana TAQWA mereka kepada ALLAH SWT. Tak seperti kita, isteri ajk2 masjid pun pergi kedai runcit masih pakai kain batik dan t-shirt guna tudung selempang menampakkan bentuk punggung dan buah dada....dan isteri sahabat r.anhum bukan ekori suami duduk di masjid dengar ceramah ustaz tunggu ustaz buka tirai. Mereka duduk2 di rumah baca QURAN banyak2, tarbiah anak-anak agar keluar rumah jaga aurat, jaga solat. Tak macam kita, kata benci kerajaan yahudi, tapi masih hantar anak-anak dara kita ke sekolah bercampur lelaki & wanita tanpa tirai & batas. Itu pun tak mampu kita nak pertahankan. Bukan dengan cara borak2 jer kat kedai kopi kata "kerajaan yahudi tak bagus"....jangan dibuat & disokong dan jangan dihantar terus ....buat bukan cakap kosong. Buka sekolah khas untuk wanita, guru wanita...apa nak sokong sistem yang "menggatalkan/menyundalkan" anak-anak dara kita kerana kemuliaan wanita bukan dalam degree / diploma seperti mana wanita yahudi & nasaro, tapi kemuliaan wanita kita dalam TAQWA dan maruah aurat mereka terpelihara sepertimana FATIMAH R.ANHA.....sehingga apabila keluar rumah pun tidak dapat dikenali oleh NABI S.A.W sendiri kerana sungguh2nya dia menjaga auratnya dari dilihat oleh lelaki anjabi. Kita pula bagaimana kita sebagai lelaki yang diuji sebagai pemimpin kepada isteri dan anak2 perempuan mempertahankan aurat mereka?

Siapa lagi yang nak pertahanankan sunnah, adakah kita tunggu ah chong masuk Islam dan hidupkan sunnah? Waktu tu bila dia ajak kita amal sunnah, kita pula kata "ahh...kau pun baru masuk Islam nak ajar aku...!"
Setiap individu Islam itulah yang wajib ingat mengingati agar Islam/sunnah NABI S.A.W dapat dihidupkan kembali. Sunnah bukan untuk ustaz2 sahaja atau untuk ajk2 masjid sahaja, Islam/sunnah untuk semua umat yang siapa mengikutnya PASTI AKAN MENDAPAT KEREDHOAN ALLAH SWT DUNIA & AKHIRAT seperti PARA SAHABAT R.ANHUM.

INSYA-ALLAH, WALLAAHU'ALAM.

Saturday 8 June 2013

DAKU MENCARI ISTERI YANG SOLEHAH :

wanita beginilah idamanku


Daku mencari calon isteri yang SOLEHAH dan antara ciri2nya, ada dalam nasihat yang NABI S.A.W kita berikan pada puterinya FATIMAH r.anha :

1. seorang wanita solehah lebih baik drpd 1000 orang wali

2. seorang wanita jahat, adalah lebih jahat drpd 1000 lelaki yang jahat.

3. dua raka'at wanita yang mengandung lebih baik drpd 80 raka'at wanita yang tidak mengandung.

4. wanita yang beri susu pada anaknya drpd buah dadanya sendiri, akan mendapat satu pahala drpd setiap titik susu yang diberikannya.

5. apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri melayan dengan baik, akan mendapat pahala jihad.

6. seorang isteri yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa krn menjaga anak yang sakit, akan dapat pahala membebaskan 20orang hamba.

7. isteri yang melihat suami dengan kasih sayang dan suami pula melihat isteri dengan kasih sayang, maka Allah swt memandang keduanya dengan penuh rahmatNYA.

8. wanita yang menyebabkan suaminya keluar di JALAN ALLAH SWT (menyebarkan LAAILAHA ILLALLAH - BERTABLIGH MENYEBARKAN ISLAM/MENGAJAK MANUSIA TAAT PERINTAH ALLAH SWT & SUNNAH NABI S.A.W) - kemudian ia (isteri) menjaga rumahtangganya, akan masuk syurga 500tahun lebih awal dari suaminya dan akan jadi ketua kpd 70,000 malaikat dan bidadari. wanita (isteri) itu akan dimandikan dalam syurga lalu menunggu suaminya sambil menaiki kuda yang dibuat drpd permata yaqut.

9.wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari krn menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah swt akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya, maka Allah swt memberinya pahala 12tahun amal ibadat.

10. semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah swt di akhirat, tetapi Allah swt sendiri akan datang kepada wanita yang memberati auratnya (menjaga auratnya sungguh2) iaitu dengan memakai purdah/niqab/jilbab dengan istiqomah (berterusan).

bersambung........insyaALLAH
017 258 3324