SALAM BUAT SEMUA PELAYAR BLOGSPOT djirwansyah INI. SAYA MENGHARAPKAN AGAR KITA SEMUA SENTIASA DI DALAM DAKAPAN RAHMAT ALLAH SWT. ALHAMDULILLAH...SETIAP PERTEMUAN KITA ADALAH SAAT PENTING UNTUK KITA GUNAKAN SEBAGAI MODAL UNTUK KITA SALING INGAT MEMPERINGATI SATU SAMA LAIN. KERANA INILAH SAHAJA MODAL YANG ALLAH SWT BERIKAN UNTUK KITA SEMENTARA KITA HIDUP DI DUNIA INI SEBELUM DI ANTARA KITA DIJEMPUT PULANG KE SISI ALLAH SWT.
SAUDARA/SAUDARI KU YANG MULIA DI SISI ALLAH SWT.....RENUNGKANLAH MAKNA AYAT INI BAHAWA "DUNIA INI ADALAH MERUPAKAN PENJARA UNTUK ORANG-ORANG MUKMIN". APA MAKNANYA? SIAPA YANG PERNAH DUDUK DALAM PENJARA ATAU LOKAP? PASTI MEREKA AKAN FAHAM AKAN MAKNA AYAT INI.
SEPANJANG SESEORANG ITU DIMASUKKAN KE DALAM PENJARA KERANA MENJALANI SESUATU HUKUMAN ATAS KESILAPAN & KESALAHAN TERTENTU, MAKA KETIKA SEPANJANG BERADA DI DALAM PENJARA, DIA TIDAK BOLEH BUAT SESUKA HATI MENGIKUT HAWA NAFSU MEREKA JIKA MAHU MENDAPAT KEAMPUNAN DARI PIHAK DI RAJA ATAU PUN PIHAK BERKUASA. JIKA SEPANJANG DIA DALAM PENJARA BERAKHLAK BAIK & MEMUASKAN, INSYA-ALLAH MUNGKIN AKAN DIKELUARKAN LEBIH AWAL DARI TEMPOH HUKUMAN SEBENARNYA.
BEGITULAH KITA SEBAGAI ORANG MUKMIN DI DUNIA INI ADALAH UMPAMA DI DALAM PENJARA - SEMUA KITA SEDANG MENUNGGU HUKUMAN MATI YANG TELAH DITETAPKAN OLEH ALLAH SWT. SEPANJANG DALAM PENJARA DUNIA INI, KITA LANGSUNG TIDAK BOLEH MELIHAT KEBURUKAN ORANG LAIN ATAU MENGUMPAT ATAU MEMBURUKKAN ORANG LAIN TAMBAHAN LAGI JIKA MENGGUNAKAN MODAL 'BURUK ORANG LAIN' SEBAGAI TIKET UNTUK MENDAPAT KENALAN ATAU SOKONGAN & KEMENANGAN.
ALLAH SWT SEDANG MEMERHATIKAN KITA. SETIAP KITA SEDANG DIPERHATIKAN OLEH ALLAH SWT. SETIAP KITA SEDANG MENUNGGU SAAT AJAL MASING2. OLEH YANG DEMIKIAN, KITA DIPERINTAHKAN OLEH ALLAH SWT SUPAYA BERKASIH SAYANG UNTUK SAMA-SAMA BUAT PERSIAPAN MENUJU KE ALAMQUBUR. TIADA SIAPA ANTARA KITA YANG DAH 'CONFIRM' SELAMAT. NAMUN NABI S.A.W TELAH DIHANTAR SBG NABI AKHIR ZAMAN UNTUK MENUNJUKKAN JALAN YG HAQ KEPADA KITA. JIKA KITA IKUT DENGAN PENUH TAWAJUH & RENDAH DIRI, INSYA-ALLAH KITA AKAN SELAMAT DI DUNIA & DI AKHIRAT. DAN SIFAT 'TABLIGH' / AJAK MENGAJAK ADALAH SIFAT PARA RASUL A.S & SIFAT UTAMA NABI S.A.W KITA DAN WAJIB ADA DALAM SIFAT SETIAP KITA YANG MENGAKU SEBAGAI UMAT BAGINDA S.A.W. KITA TAK BOLEH BERASA TAKSUB DGN KEBAIKAN YANG KITA BUAT TAPI KITA DIPERINTAHKAN UNTUK MENGAJAK KEPADA KEBAIKAN DALAM ERTI KATA "KASIH SAYANG"....AYUH KITA HINDARKAN PERKAUMAN, PERMUSUHAN KERANA KITA AKAN BUAT MUSUH KITA (IBLIS LAKNATULLAH) MENTERTAWAKAN KITA. KASIH SAYANG ADALAH SENJATA KITA UNTUK DOA KITA DIMAKBULKAN OLEH ALLAH SWT KRN IA LINK DGN "AR RAHMAN & AR ROHIM".
saya pernah duduk penjara kajang selama 12 tahun dan terima 20 sebatan rotan, memang sangat pahit dan susah...
ReplyDelete