Thursday, 25 April 2013

RENUNGAN BERSAMA.....


dj irwan syah

www.djirwansyahklfm.blogspot.com

UNTUK MENGETAHUI PUNCA-PUNCA KENAPA ALLAH SWT HANTAR AZAB BARANGAN NAIK, PETROL NAIK, BANJIR SANA-SINI, RIBUT SEMACAM JER SETIAP KALI HUJAN DI MALAYSIA, DUNIA JADI SUSAHKAN UMAT ISLAM YG SEPATUTNYA ALLAH SWT JADIKAN 18, 000 MAKHLUK CIPTAAN-NYA TUNDUK KEPADA MANUSIA, TAPI KENAPA HARI INI MANUSIA PERLU KERJA SIANG MALAM MENJADI HAMBA KEPADA DUNIA? .....
INSYA-ALLAH....LEPAS TAHU NANTI, KITA SEMUA UMAT ISLAM SEDUNIA WAJIB BUAT SOLAT TAUBAT KRN TINGGAL SATU LAGI PERINTAH ALLAH SWT YANG UTAMA YG BELUM KITA LAKSANAKAN SELAIN DARI SOLAT, PUASA, ZAKAT & HAJI..., SELEPAS ITU BARULAH AKAN DATANG SEMULA BANTUAN ALLAH SWT....

OLEH KERANA KITA SELALU AMALKAN SATU AMALAN YG MENDATANGKAN KEMURKAAN ALLAH :

1) KUTUK MENGUTUK SESAMA ISLAM SEMATA-MATA UTK MEREBUT PANGKAT DUNIA (CACI MENCACI & MENDEDAHKAN KEAIBAN SESAMA ISLAM)

2) MENDENDANGKAN LAGU2 MAKSIAT DI RADIO & TV YG SEHARUSNYA KITA ELAKKAN KRN ITU SEMUA ANUGERAH ALLAH SWT TAPI KITA GUNAKAN UTK MELANGGAR HUKUM ALLAH SWT PULAK. KITA MAMPU MEMBUANG SEGALA KEMUNGKARAN ITU, AKAN TETAPI KITA SEMUA DAH BERTUHANKAN NAFSU & DUNIA, SEBAB ITU WALAUPUN KITA TAHU MELIHAT AURAT WANITA YANG BUKAN MUHRIM ITU HARAM, BERSENTUH TANGAN LELAKI & WANITA BUKAN MUHRIM ITU PUN HARAM, MENDEDAHKAN AURAT SEPERTI RAMBUT, BENTUK TUBUH BADAN JUGA HARAM, TAPI KENAPA MASIH BUAT? MASIH NAK TANYANGKAN SEMUA TU DI TELEVISYEN, MASIH NAK SIARKAN SUARA YG HARAM TU KAT RADIO...

JAWAPANNYA KRN "NILAI IMAN KITA SAKIT SANGAT-SANGAT"

SEBAB HARI2 KITA BANGGA2KAN DUNIA,

MAKA IMAN BOLEH ROSAK.

KITA JARANG CERITA TENTANG MATI, TENTANG AZAB2 ALLAH SWT SEPERTI KUBUR, MASYAR, SIRAT, NERAKA, MAKA KITA TAK PERCAYA AKAN WUJUDNYA PERKARA ITU. TAPI DUNIA YG TIPU DAYA NI, KITA PERTAHANKAN SEGALA-NYA DEMI NAFSU DAN KEHIDUPAN YG TIADA JAMINAN.

SEBAGAI CONTOH, ARWAH PAKCIK SAYA (ARWAH TAN SRI SM NASIMUDDIN) PUN DAH PULANG KE RAHMATULLAH PADA BULAN MEI YG LALU,

SEBUAH FERRARI,
SEBAUH BANGLO,

SEORANG ISTERI

HATTA SEORANG ANAK YG DIMANJAKAN

PUN TAK MAMPU DIBAWA KE ALAM KUBUR.

HANYA KAIN KAFAN YG RM18.00 SAHAJA DIGUNAKAN DALAM HARTA YG SEBANYAK RM4BILLION....

ANDA JUGA NAK TERTIPU DENGAN DUNIA?

SILAKANLAH...TERUSKAN KEMAKSIATAN ANDA DEMI @ SEOLAH MENUNJUKKAN KEHANDALAN KITA DENGAN ALLAH SWT....

BARU ALLAH SWT TARIK NIKMAT PETROL, NIKMAT KESENANGAN (HARGA BARANG MAHAL), KITA DAH MENGGELABAH,

KERJA SIANG MALAM,

MACAM DAH TIADA TUJUAN....

KELAM KABUT MENONONG TAK MENENTU...

ITULAH PASAL, SEBAB BILA DATANG KEBAIKAN DARI ALLAH SWT, KITA NAFIKAN, UTAMAKAN BOS BESAR KONONNYA, TERUS HAMBAKAN DIRI UTK KEDUDUKAN DUNIA DAN PANGKAT, GAJI YG SE-CO'ET, KERETA YG BAKAL JADI BESI BURUK,

TAPI UTK PERTAHANKAN AGAMA ALLAH YG MAHA PENCIPTA, APA YG KITA BUAT? DIAMKAN AJE BILA LIHAT MAKSIAT BERLELUASA...

TENGOK MASJID KOSONG, BOLEH SENYUM DAN BERATUR BELI TIKET TENGOK WAYANG ATAU PERSEMBAHAN MAKSIAT...

ZALIM KITA DENGAN AGAMA ALLAH SWT....

SEMUA ANTARA KITA RUJUK & RENUNG ZALIM KITA DENGAN AGAMA KITA SENDIRI.

Tuesday, 16 April 2013

IT'S A DJ FC : SILATURRAHIM ITU SUNNAH :

SALAM BUAT SEMUA IT'S A DJ MEMBER DI FB ALAMQUBUR :

SAYA UCAPKAN SELAMAT SEJAHTERA BUAT SEMUA SAUDARA ISLAMKU SEKALIAN. JAGALAH AGAMA DALAM DIRI KITA SEBAGAI KITA MENCINTAI ALLAH SWT & RASUL-NYA. ELAKKAN PERPECAHAN & PERBALAHAN SESAMA ISLAM KRN KITA BERSAUDARA. ELAKKANLAH SIFAT SUKA MENDEDAH KEAIBAN & MENCARI KEBURUKAN SESAMA ISLAM KRN IA HANYA AKAN MENGUNDANG KEMURKAAN ALLAH SWT.

DI SINI BEBERAPA WAJAH TEMAN2 DB YANG SEMPAT SAYA RAKAMKAN SEBAGAI TANDA MENGHARGAI KEPERIHATINAN TUAN2 SEMUA.

DERRY SULAIMAN (PERNAH KELUAR KHURUJ BERSAMA DI KL 2011)

MR BAD (X PR FOR KUMP. ENAVA)
MAN KRABAT / WICITRA

TEMAN SPARING DI KONTI DALAM SEGMEN "IWAN & KZIE"


HALIM @ BUANG SA'ARI - ADIK ANGKAT KU DARI KG SETIA JAYA.

NORIZON


DJ MK & DJ POOL (SAHABAT DI KLfm YG BANYAK MEMBIMBING KETIKA SAYA DJ KLfm DULU (2002-2007)

SAUDARA WAN BLUEZ


KENANGAN BERSAMA TEMAN2 ARTIS KETIKA MENJALANI PENGGAMBARAN FILEM "USTAZ!MU TUNGGU AKU DATANG"

BERSAMA ADIK2 DARI KG SETIA JAYA, GOMBAK DAN PIERRE ANDRE KETIKA KELUAR KHURUJ 40HARI DI TELUK INTAN 2012

KENANGAN KETIKA MENJALANI PENGGAMBARAN FILEM "USTAZ!MU TUNGGU AKU DATANG" 2013 ARAHAN PIERRE TERBITAN METROWEALTH.

TEMAN2 FB ALAMQUBUR :

BAHAMAN HASHIM

EDDIE HAMID KOMPOSER

ELLY AXL

FAIRUZ RAZAK KUALA PILAH

SYED SAMUDERA

TAMAM IDRIS

SHIDI DATA

DJ HJ ZULLASTREE

KAMIL RAIS

ASHEED DEFGABC

FARHAN WALI HENSEM

IJA MEDICINEM

NASRUN KUALA PILAH

NORIN DINAMIK


FAIRUZ SHARIFUDDIN (ADIKKU)

BERSAMBUNG LAGI.....
JART HASSAN

RAHIM JAILANI

SOLAHUDDIN SJ

FONG TUAN CHEN

JOHAN ASA'ARI

YANK KASSIM

AZRI GEE

MUHAMMAD AFFENDY

DJ KZIE

HARRIS HAMID

INSYA-ALLAH BERSAMBUNG LAGI.......

Monday, 15 April 2013

KERATAN MAJALAH MASTIKA 2012

KERATAN MAJALAH MASTIKA OGOS 2012 KETIKA DJ IRWAN SYAH BERSAMA JEMAAH PARA ARTIS KELUAR 3HARI KE KG SELAMAT KEPALA BATAS, BUTTERWORTH.....

Sessi Makan Malam Bersama rakan2 Artis di Kepala Batas, Penang.
(dJ Irwan duduk bersebelahan Radzi MELISSA)

Friday, 5 April 2013

DUNIA UMPAMA PENJARA UTK ORANG MUKMIN :


SALAM BUAT SEMUA PELAYAR BLOGSPOT djirwansyah INI. SAYA MENGHARAPKAN AGAR KITA SEMUA SENTIASA DI DALAM DAKAPAN RAHMAT ALLAH SWT. ALHAMDULILLAH...SETIAP PERTEMUAN KITA ADALAH SAAT PENTING UNTUK KITA GUNAKAN SEBAGAI MODAL UNTUK KITA SALING INGAT MEMPERINGATI SATU SAMA LAIN. KERANA INILAH SAHAJA MODAL YANG ALLAH SWT BERIKAN UNTUK KITA SEMENTARA KITA HIDUP DI DUNIA INI SEBELUM DI ANTARA KITA DIJEMPUT PULANG KE SISI ALLAH SWT.

SAUDARA/SAUDARI KU YANG MULIA DI SISI ALLAH SWT.....RENUNGKANLAH MAKNA AYAT INI BAHAWA "DUNIA INI ADALAH MERUPAKAN PENJARA UNTUK ORANG-ORANG MUKMIN". APA MAKNANYA? SIAPA YANG PERNAH DUDUK DALAM PENJARA ATAU LOKAP? PASTI MEREKA AKAN FAHAM AKAN MAKNA AYAT INI.

SEPANJANG SESEORANG ITU DIMASUKKAN KE DALAM PENJARA KERANA MENJALANI SESUATU HUKUMAN ATAS KESILAPAN & KESALAHAN TERTENTU, MAKA KETIKA SEPANJANG BERADA DI DALAM PENJARA, DIA TIDAK BOLEH BUAT SESUKA HATI MENGIKUT HAWA NAFSU MEREKA JIKA MAHU MENDAPAT KEAMPUNAN DARI PIHAK DI RAJA ATAU PUN PIHAK BERKUASA. JIKA SEPANJANG DIA DALAM PENJARA BERAKHLAK BAIK & MEMUASKAN, INSYA-ALLAH MUNGKIN AKAN DIKELUARKAN LEBIH AWAL DARI TEMPOH HUKUMAN SEBENARNYA.

BEGITULAH KITA SEBAGAI ORANG MUKMIN DI DUNIA INI ADALAH UMPAMA DI DALAM PENJARA - SEMUA KITA SEDANG MENUNGGU HUKUMAN MATI YANG TELAH DITETAPKAN OLEH ALLAH SWT. SEPANJANG DALAM PENJARA DUNIA INI, KITA LANGSUNG TIDAK BOLEH MELIHAT KEBURUKAN ORANG LAIN ATAU MENGUMPAT ATAU MEMBURUKKAN ORANG LAIN TAMBAHAN LAGI JIKA MENGGUNAKAN MODAL 'BURUK ORANG LAIN' SEBAGAI TIKET UNTUK MENDAPAT KENALAN ATAU SOKONGAN & KEMENANGAN.

ALLAH SWT SEDANG MEMERHATIKAN KITA. SETIAP KITA SEDANG DIPERHATIKAN OLEH ALLAH SWT. SETIAP KITA SEDANG MENUNGGU SAAT AJAL MASING2. OLEH YANG DEMIKIAN, KITA DIPERINTAHKAN OLEH ALLAH SWT SUPAYA BERKASIH SAYANG UNTUK SAMA-SAMA BUAT PERSIAPAN MENUJU KE ALAMQUBUR. TIADA SIAPA ANTARA KITA YANG DAH 'CONFIRM' SELAMAT. NAMUN NABI S.A.W TELAH DIHANTAR SBG NABI AKHIR ZAMAN UNTUK MENUNJUKKAN JALAN YG HAQ KEPADA KITA. JIKA KITA IKUT DENGAN PENUH TAWAJUH & RENDAH DIRI, INSYA-ALLAH KITA AKAN SELAMAT DI DUNIA & DI AKHIRAT. DAN SIFAT 'TABLIGH' / AJAK MENGAJAK ADALAH SIFAT PARA RASUL A.S & SIFAT UTAMA NABI S.A.W KITA DAN WAJIB ADA DALAM SIFAT SETIAP KITA YANG MENGAKU SEBAGAI UMAT BAGINDA S.A.W. KITA TAK BOLEH BERASA TAKSUB DGN KEBAIKAN YANG KITA BUAT TAPI KITA DIPERINTAHKAN UNTUK MENGAJAK KEPADA KEBAIKAN DALAM ERTI KATA "KASIH SAYANG"....AYUH KITA HINDARKAN PERKAUMAN, PERMUSUHAN KERANA KITA AKAN BUAT MUSUH KITA (IBLIS LAKNATULLAH) MENTERTAWAKAN KITA. KASIH SAYANG ADALAH SENJATA KITA UNTUK DOA KITA DIMAKBULKAN OLEH ALLAH SWT KRN IA LINK DGN "AR RAHMAN & AR ROHIM".